Salam dan hai semua..
Pertama sekali saya ingin meminta maaf sebab memang dah bekurun kot nak update blog ni....agak bersawang la jgak blog ni..hihi....maklumla orang berkerjaya la sangat ni, agak sibuk la dengan aktiviti2 harian...cewahh..
ok lets go to the main point..Baru- baru ni (7-9.02.2012), saya dan kawan2 dari semenanjung, ada mmbuat aktiviti mendaki gunung kinabalu.. Gunung Kinabalu ni merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dan di Borneo dengan ketinggian 4,095.2m dari paras laut..hihi... gunung ni terletak kira- kira 90km dari bandaraya Kota Kinabalu dan perjalanan memakan masa lebih kurang 2jam30minit..kalau drive laju, bole sampai lebih awal la..
Ekspedisi kali ini melibatkan 16orang peserta, 13Lelaki dan 3Perempuan..Kami berkumpul di Lapangan terbang terminal 2 kota kinabalu pada jam 2 petang dan memulakan perjalanan ke kundasang jam 2.30ptg.. setelah lebih kurang 2 jam lebih perjalanan yang berbukit bukau dan bersimpang siur, kami tiba ti tempat penginapan kami pada petang tu..(sebenarnya dah lupa jam brapa sampai) hihi..ermm kami menginap semalaman di Puncak Borneo..penginapan dalam dorm.. ok sila lah layan gambar-gambar di bawah ni ye.. :D
Ok entry kali ni untuk pendakian dari Timpohon gate ke Laban Rata saja ok... Pendakian saya dari timpohon ke laban rata mengambil masa 8jam..sangat kekurangan stamina di samping cuaca hujan sepanjang perjalanan. Persekitaran yang sejuk membuatkan saya agak sukar bernafas... akibat menempuh hujan sepanjang pendakian, saya akhirnya DEMAM panas di laban rata....
Sila ke entry Ekspedisi Gunung Kinabalu 2012 - Part 2 untuk mengetahui kisah selanjutnya ke puncak LOW :)
- s e k i a n -
0 comments:
Post a Comment