Thursday 5 January 2012

Solat tiang Agama :)

Posted by anisrustam at 22:05 0 comments
Assalamualaikum semua...

InsyaAllah setiap hari Jumaat saya akan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada la...ilmu mmg takkan pernah cukup...kan pernah dengar tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad..so jangan pernah lokek atau jangan pernah merasakan kita sudah cukup dengan ilmu di dada...tak kira la ilmu di dada ke, di hati ke, di otak ke... :)


Entry hari Jumaat ni, saya nak cakap sedikit bab solat.. Bagi semua manusia yang mengaku bahawa dia beragama Islam, maka wajiblah ke atas mereka semua untuk berSolat...satu hari 5 waktu solat yang wajib ditunaikan dan tidak bole ditinggalkan. Solat adalah tiang agama dan merupakan Rukun Islam yang ke dua.so, kalau salah 1 dari rukun Islam kita ini tidak di tunaikan, adakah adil bagi kita untuk mengaku diri kita beragama Islam? renung2kan lah..

Entry ni pendek je k...so jangan tinggalkan solat, maka solatlah kamu sebelum kamu disolat kan..kerana Solat merupakan amalan yang pertama yang akan dihitung di akhirat kita...

Tak Solat, maka segala amalan baik kita, tidak akan dihitung walau pun setinggi gunung, seluas lautan kebaikan kita..so solat lah... segala yang baik itu dari Allah swt dan segala keburukan itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri...



- s e k i a n -

Tahukah anda? Apa "Hiccups" ??

Posted by anisrustam at 00:49 0 comments
Hari ni saya nak cerita sikit pasal "Hiccups" atau dalam bahasa Malaysia nya SEDU...hihi :) saya yakin, semua orang di dunia ni pernah mengalami hiccups ni kan? kan3?? bermacam2 petua org dolu2 bagi kat kita yang mude2 ni (cewahh)  untuk menghilangkan hiccups..sebab kalau tak dihilangkan hiccups ni, agak mengganggu jgak la..lebih teruk kalau ianya boleh menarik perhatian org sekeliling kita utk melihat dan mentertawakan kita..hihihi...




dulu, waktu kecik2 (zaman tak tau nak berpikir secara serius), mak saya kata cam ni:

"kau nak tau kenapa ko sedu- sedu tu?"

saya balas..

"huhu..mana la tau..."

lepas tu dia balas dengan muka yang yakin dan selamba..

"sebab kau curi telur ayam...tu la pasal kau jadik mcm tu..."

dengan muka pelik saya menjawab..

"o...yaka.."

tapi dalam hati sy ckp, "sejak bila pulak aku pegi curik telur ayam ni?? telur kat peti sejuk pun tak abis makan....reban ayam pun tak penah jumpa...tapi disebabkan pikiran tak berapa nak matang time tu, so percaya je la.... :)

--------------------------------------------------------------------------------------------

So, apa itu Hiccups?? menurut sedikit kajian yang di buat, dari web ni ---> http://en.wikipedia.org/wiki/Hiccup ,  hiccups adalah:

A hiccup or hiccough  is a myoclonus of the diaphragm that repeats several times per minute. In humans, the abrupt rush of air into the lungs causes the vocal cords to close, creating a "hic" sound.

ada paham?? hihi...tu versi omputeh, ni versi secara ringkas dari blog dr. zubaidi.com:

"Sedu berlaku apabila otot diafragma mengecut secara tidak terkawal, diikuti dengan penutupan peti suara (vocal chord) lalu mengeluarkan bunyi "hic". Ia terhasil apabila saraf vagus dan phrenic diransang."

:: apa itu saraf vagus dan phrenic pun saya kurang pastila..hihi :D




menurut dr.zubaidi lagi, antara penyebab seseorang mengalami hiccups ada lah:

  1. Makan terlalu banyak dalam satu masa
  2. Minum terlalu banyak minuman bergas atau beralkohol
  3. Emosi yang terlalu gembira atau 
  4. Stress

Ada banyak cara yang dicadangkan oleh orang sekeliling untuk dijadikan penawar untuk hiccups ni, antara cadangan yang pelik2 tapi kadang2 mujarab adalah:

  • minum air banyak2 (agak2 kmbong perot, jgn salahkan sesapa plak)
  • minum air sambil tonggeng kepala kebawah (gile ke apa ni??)
  • suruh orang tekejutkan kita (lawak sungguh!)
  • gumpal segenggam nasi dan telan (erk~?) 
  • tarik nafas dalam2 dan cuba tahan smpai tak tahan (no komen)


so, anda pilih la mana2 kaedah yang anda rasakan sesuai dengan diri anda, umur dan keadaan masing2..tetapi jika hiccups atau sedu anda berlanjutan sehingga 2,3 hari, maka haruslah anda melawat ke klinik2 atau hospital yang berhampiran (kalau jauh susah plak kan? :))..kerana dikhuatiri, anda mengalami masalah di bahagian salur2 yang berkaitan...

okay itu saja dari ssm...selamat mencuba dan selamat beramal... :D

- s e k i a n -

Monday 2 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012 :)

Posted by anisrustam at 19:11 0 comments
Walaupun agak terlambat sedikit, tapi saya tetap nak ucapkan selamat menyambut tahun baru yang ke 2012..semoga tahun ini lebih bermakna buat kita semua dan semoga kita semua lebih di murahkan rezeki oleh-Nya..sesapa yang ada azam tahun 2011 yang tak tercapai tu, bole la di sambung azam tu pada tahun ni... :D

- s e k i a n -
 

sang.semut.merah Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting