Thursday 11 April 2013

Prosedur Perkahwinan di Sabah

Posted by anisrustam at 07:05 155 comments
Assalamualaikum semua :)

Hari ni saya nak kongsi kan kepada semua bakal pengantin, especially yang berada di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. But I think that the procedure might be the same to all district in Sabah :)

Amaran: entry ini lebih panjang daripada biasa...

O ya, sebelum membaca prosedur di bawah ini, adalah di sarankan kepada semua bakal pengantin untuk menghadiri Kursus Pra-perkahwinan. Kalau di KK ni, kursus dijalankan selama 2 hari iaitu hari Sabtu dan Ahad. Yuran pulak RM100 sahaja dan semua pengantin akan dibekalkan dengan sebuah buku tentang persediaan perkahwinan dan alat tulis. Makan tengahari dan minum petang juga disediakan (macam promosi kan?) hihi..

Selepas tamat menghadiri 2 hari kursus pra perkahwinan, sijil akan di berikan kepada semua peserta. Sijil ini amat penting tau. So, jangan hilang kan ok :)

p/s: Jangan lupa booking untuk ikut kursus ni awal2 k. Sebab tempat adalah terhad :)


Secara ringkas, prosedur perkahwinan adalah seperti di bawah ni ya :

1. Sila beli Borang Perkahwinan Kebenaran Berkahwin di JHEINS, Wisma MUIS - tingkat 9. Untuk makluman, harga borang adalah RM5.00 untuk seorang. Kalau datang dengan pasangan maka kamu kena bayar rm 10.00 duhh :P

2. Isi detail2 yang diperlukan di dalam borang. Maklumat wali. (Salinan IC wali diperlukan)

3. Jika anda sedang bekerja, sila dapatkan Surat Akuan Bujang daripada majikan anda. (sila tinggalkan email anda jika ingin contoh surat akuan ni dari saya ok). Jika tidak bekerja, surat akuan hendaklah ditandatangani oleh ketua kampung.

4. Ermm, dalam borang tu, kena masukkan dua orang saksi yang beragama Islam sahaja. Pastikan anda sertakan sekali salinan IC mereka dan telah d disahkan oleh pihak JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).

5. Selepas itu, kamu kena buat ujian saringan HIV di klinik2 Kesihatan kerajaan yang berhampiran anda :) . Emm bole jugak klinik swasta, tapi mungkin kena bayar sikit la kan.. Kalau ikut pengalaman saya, saya buat ujian HIV ni di Klinik Luyang. Proses tidak lama, cuma lebih kurang 15 minit sahaja dan nurse nya sangat baik :) . Kalau anda mau buat ujian saringan HIV di klinik luyang ni, kamu pegi time hari ISNIN- RABU jak. Isnin dan Selasa pagi-petang, kalau Rabu pagi sahaja :)

Jangan lupa bawa borang kamu sekali time buat ujian tu k. sebab mau di cop :)

6. Sertakan sekali salinan IC pemohon dan Salinan Sijil pra-perkahwinan di borang permohonan.

7. Setelah borang anda lengkap, silalah hantar borang anda ke pejabat JHEINS, wisma MUIS di tingkat 2 blok B. (tempat hantar borang adalah berbeza dgn tempat ambil borang, jangan sesat sudah la)

Saya rasa itu saja..tapi kan, kalau anda atau pasangan anda bermastautin di tempat lain, ada proses lain lagi tu. So wait for the next entry for that la ok? hihi

till then, thanks for reading :)

- s e k i a n -

 

sang.semut.merah Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting